Umum mengetahui kebaikan menyimpan emas, sebagai satu aset penyimpan nilai yang tinggi seterusnya melindungi kekayaan anda. Kali ini, kami lampirkan analisis mudah yang menunjukkan kelebihan menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang. Harga emas direkodkan untuk tempoh 12 tahun, dari tahun 2000 sehingga 2012. Harga emas semasa itu kemudiannya dibandingkan dengan keperluan2 utama umat Muslim di Malaysia; iaitu kos menunaikan haji dan harga sebungkus nasi lemak.
Untuk analisis ini, harga emas pada awal Januari setiap tahun digunakan. Kos menunaikan haji adalah berdasarkan harga yang ditawarkan oleh Tabung Haji untuk jemaah kali pertama (termasuk subsidi), manakala harga nasi lemak adalah berdasarkan kepada harganya di kedai nasi lemak makcik di hadapan tumah penulis.
Kami menjangka keputusan akan dapat membuktikan bahawa menyimpan emas adalah sangat menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Keputusannya dilampirkan dalam bentuk gambarajah dan nota ringkas seperti dibawah.

Pengenalan:
Membuat perbandingan kenaikan harga emas semasa, terhadap kos menunaikan haji dan harga nasi lemak dari tahun 2000 sehingga 2012.
Keputusan:
1. Untuk sela masa dari tahun 2000 hingga 2012:
i. harga emas meningkat sebanyak 355% @ RM149/g,
ii. kos menunaikan haji meningkat 12% @ RM1043,
iii. harga nasi lemak naik 88% @ RM0.70 sebungkus.
Kesimpulan:
1. Dengan memulakan simpanan emas untuk menunaikan haji pada tahun 2000 untuk SEORANG, pada tahun 2012 nilainya bersamaan dengan haji untuk TIGA @ EMPAT ORANG. Anda boleh bawa mak, ayah dan suami/isteri pergi sekali.
2. Pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli 53 bungkus nasi lemak. Manakala pada tahun 2012 anda boleh beli 128 bungkus walaupun harga nasi lemak meningkat 88%.
Keputusan menunjukkan dan membuktikan simpanan emas adalah sangat menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.
Kami anjurkan tempoh minima untuk menyimpan emas adalah 3 tahun, dengan simpanan minimum 60 gram (kos tunai haji 2011).
Dapatkan analisis lanjut dengan menyertai kursus2 yang ditawarkan.
Perbincangan lain:
Benarkah emas meningkat setiap tahun? – Tidak juga, ada tahun yang harganya menurun. Bila dan mengapa?
Bagaimana pula menyimpan emas untuk tempoh yg lebih singkat?
Emas dijangka meningkat sehingga RM500/g pada tahun 2000. Apa peluang kita sebagai penyimpan?
Bagaimana memastikan urusniaga emas yang patuh syara’ sebagaimana digariskan oleh JAKIM dan ISRA?
Sertai kami untuk mendapatkan lebih maklumat berkenaan simpanan dan perniagaan emas, dari perspektif kedai emas. Kursus adalah diberikan percuma untuk ahli Hafiz Gold.